Membawang Hari Ini

Madonna Tak Puas Hati Kisah Hidupnya Jadi Filem

PENYANYI Madonna Louise Ciccone memberitahu bahawa dirinya berasa tidak berpuas hati dengan projek filem biopik mengenai kisah hidupnya, Blonde Ambition.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Madonna menjelaskan bahawa hanya dia sahaja yang layak dan berhak bercerita tentang kisah hidupnya, bukan pihak lain.

“Tiada siapa tahu apa yang saya tahu dan lihat. Hanya saya berhak bercakap tentang kisah hidup dan diri saya.

“Mereka yang cuba berbuat demikian adalah penipu dan bodoh serta mahu mencari kepuasan diri sendiri tanpa melakukan sebarang kerja.

“Ini adalah penyakit dala masyarakat kita,” tulis Madonna.

Madonna menyuarakan ketidakpuasan hatinya sehari selepas pengumumam projek itu yang ditulis oleh Elyse Hollander itu dibuat.

Filem biopik yang diterbitkan oleh Michael De Luca yang juga merupakan penerbit filem Fifty Shades of Grey itu akan memaparkan kisah kejayaan yang dikecapi Madonna.

Ia turut mengandungi kisah cinta dan kehidupan seharian diri penyanyi berusia 58 tahun itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");