Berita Hari Ini

Malaysia Promosi Getah Dalam Industri Pembinaan Jalan – Menteri Kerja Raya

ALOR GAJAH: Kerajaan Malaysia berminat untuk menggalakkan penggunaan getah dalam pembinaan jalan, sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi industri getah, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata getah asli dilihat sebagai bahan keutamaan campuran asfalt dalam turapan jalan dan penggunaan bahan itu akan memperluaskan penggunaan getah dalam masyarakat juga dalam industri yang sesuai.

“Penurunan harga getah di pasaran dunia menyebabkan industri getah mempelbagaikan dan meningkatkan penggunaan getah dalam beberapa sektor lain, ini adalah selaras dengan gesaan untuk meningkatkan penggunaan bahan domestik semulajadi (getah) sehingga 10 peratus setiap tahun,” katanya di sini pada Khamis.

Beliau berkata ketika berucap pada perasmian Seminar Antarabangsa Mengenai Getah Dalam Pembinaan Jalan di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Fadillah berkata getah asli sebagai bahan campuran asfalt adalah reka cipta yang hebat untuk digunakan dalam turapan jalan yang lebih berkualiti.

Beliau berkata ciptaan ini boleh mengubah prestasi jalan-jalan berturap asfalt yang semakin terbatas akibat perubahan suhu dan muatan trafik.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Rosnah berkata terdapat tiga projek perintis getah dalam pembinaan jalan berturap asfalt iaitu di Tampin, Negeri Sembilan; Baling, Kedah dan Temerloh, Pahang, manakala projek yang sama dirancang di Kelantan dan Segamat, Johor.

“Jalan berturap getah asfalt adalah lebih mahal untuk dibina berbanding jalan penurapan konvensional. Kita sedang menjalankan kajian terutama mengenai kos dan aspek keselamatan. Kita menjangka kajian itu akan siap menjelang akhir tahun ini,” kata beliau.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");