Membawang Hari Ini

Mamat Khalid Rujuk Skrip Lebuhraya Ke Neraka Kepada Harussani

Enggan berlaku sebarang masalah ketika ditayangkan, pengarah tersohor, Mamat Khalid merujuk skrip filem terbarunya Lebuhraya Ke Neraka kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

“Saya ada bertemu dengan Tan Sri Harussani untuk meminta pandangan beliau mengenai skrip filem Lebuhraya Ke Neraka.

“Saya tidak mahu memandai-mandai bila ada kaitan dengan agama. Jadi oleh kerana filem ini ada unsur ketuhanan dan dakwah, saya perlu dapatkan pandangan pihak yang lebih arif,” jelas Mamat.

Mamat mengakui sudah lama menyimpan impian untuk menghasilkan filem genre ketuhanan dan dakwah.

Biarpun terpaksa menunggu lama sebelum dapat menghasilkan filem serius, Mamat tetap berpuashati kerana akhirnya impiannya menjadi kenyataan.

“Saya tidak menyesal atau kecewa kerana perlu menunggu hampir enam tahun untuk menghasilkan filem ini.

“Menerusi filem ini saya dapat mencuba genre lain selain filem komedi yang sering saya hasilkan,” katanya lagi.

Mamat juga lega apabila filem terbarunya itu bebas dari sebarang potongan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Lebuhraya Ke Neraka bakal menemui penonton di pawagan pada 5 Mei nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");