Berita Hari Ini

Mufti Johor Dilaporkan Stabil

JOHOR BAHRU – Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dimasukkan ke sebuah hospital swasta dekat sini selepas dipercayai tidak sihat sebaik selesai menghadiri sebuah majlis di Mersing petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim yang mengesahkan perkara itu berkata bagaimanapun Mohd Tahrir kini berada dalam keadaan sihat dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

“Jantung beliau stabil cuma kurang rehat,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Terdahulu Abd Mutalip turut mengesahkan ada melawat mufti tersebut di hospital berkenaan.

Semalam, kisah dan gambar Mohd Tahrir yang didakwa diserang sakit jantung menjadi viral dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");