Sukan Hari Ini

Pahang Tempah Slot Separuh Akhir Piala FA 2017

JOHOR BAHRU: Pasukan Pahang mencipta kejutan dengan mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan juara bertahan Johor Darul Takzim (JDT) menerusi agregat 4-3 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam Ahad.

Dalam aksi timbal balas di hadapan 23,420 penonton di gelanggang lawan itu, Pahang hanya menjaringkan satu gol berbanding dua oleh JDT.

Bagaimanapun, kemenangan diberikan kepada skuad Tok Gajah kerana memiliki kelebihan tiga gol pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur pada 1 April lepas.

Pada perlawanan malam Ahad, JDT membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi pemain import Gonzalo Cabrera yang memanfaatkan kealpaan barisan pertahanan lawan untuk menyempurnakan hantaran Safiq Rahim.

Selang 17 minit, tuan rumah terus menambah derita skuad bimbingan Dollah Salleh apabila Gabriel Guerra meletakkan JDT selesa di depan untuk mendahului 2-0.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Tok Gajah memperkemaskan pertahanannya dan lebih berhati-hati dalam melakukan gerakan untuk melancarkan serangan.

Bagaimanapun, keputusan kekal hingga tamat masa pertama.

Memasuki babak kedua, JDT dan Pahang terpaksa bermain berhempas pulas untuk mencari satu lagi gol kelebihan.

Namun, ternyata tuah hadir kepada Pahang pada minit ke-86 apabila Sumareh Mohamadou menanduk masuk hantaran Muhd Nurridzuan Abu Hassan.

Jaringan tersebut sekali gus memusnahkan impian skuad Harimau Selatan untuk mengekalkan kejuaraannya, musim ini.

Pahang akan bertemu Negeri Sembilan pada peringkat separuh akhir yang dijadual pada 28 atau 29 April ini. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");