Berita Hari Ini

PAS Saran Fatwa Baharu Ziarah Baitulmuqaddis

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Pusat mencadangkan supaya fatwa baharu dikeluarkan berhubung hukum menziarahi Baitulmuqaddis.

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, umat Islam digalakkan menziarahi Baitulmuqaddis sebagai maslahat sokongan moral kepada penduduk Palestin yang masih bertahan akibat kekejaman rejim Zionis.

“Pelbagai tekanan seperti rumah dirobohkan bagi mengusir mereka meninggalkan Baitulmuqaddis. Penduduk Islam di sana melakukan ‘ribat’ mewakafkan diri bertahan di bumi itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini sebahagian ulama kontemporari seperti Dr Yusof Qardawi mengeluarkan fatwa haram menziarahi Baitulmuqaddis melainkan tujuan jihad selain tidak menjadi pengiktirafan terhadap penjajahan Zionis memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");