Isu Panas

Pembangkang Dijangka Tukar Kerusi Saat Akhir

WALAUPUN pengagihan kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan hampir siap 80 peratus, namun perubahan di saat akhir menjelang pilihan raya dijangka tetap berlaku.

China Press melaporkan, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dijangka mengadakan mesyuarat pada minggu depan, bagi berbincang isu pengagihan kerusi yang masih menjadi pertikaian antara mereka.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu, bagi sesetengah negeri, masalah pengagihan kerusi itu diselesai dengan baik, namun enggan ulas lebih lanjut negeri yang masih belum capai kata persetujuan bersama.

Difahamkan, semua parti komponen dalam Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR, Amanah dan Bersatu masih berusaha menuntut pembahagian kerusi dilakukan secara adil.

“Ada parti sedia menyerahkan kerusi mereka kepada parti lain. Semua ini masih dalam peringkat perbincangan. Walaupun dikatakan semua parti telah bersetuju keputusan yang dibuat di beberapa negeri, tetapi ia masih akan berlaku perubahan di saat akhir.

“Ada kemungkinan berlaku pertukaran kerusi parlimen dan Dun antara parti komponen. Malah, pertukaran ini melangkaui ke negeri lain,” kata seorang pemimpin Pakatan Harapan kepada akhbar ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengesahkan, beliau tidak akan bertanding pada PRU14 sekiranya kes rayuannya pada Ogos depan ditolak mahkamah.

“Walaupun tak dapat bertanding, saya tetap akan guna Invoke untuk membantu calon Pakatan Harapan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Rafizi.

Pada 9 Ogos ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan dengar rayuan Rafizi yang telah dikenakan hukuman penjara 18 bulan kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");