Isu Panas

Pembangkang Memang Suka ‘U-Turn’ – PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang gemar membuat pusingan U selepas mengumumkan akan mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.

Najib bgaimanapun turut berharap pengundi di Malaysia memahami sikap pembangkang yang tidak bercakap atas realiti sebenar menguruskan kewangan negara.

Katanya, banyak perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat selama ini tidak boleh dilaksanakan jika kerajaan menolak GST.

“Tolak GST bererti kita tolak RM50 bilion setahun, jadi kalau kita tolak lebih RM50 bilion setahun, kerajaan tidak boleh berfungsi sebenarnya.

“Banyak perkhidmatan yang hari ini kita berikan kepada rakyat tidak boleh kita laksanakan jika tolak GST, itu realiti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi memetik laporan Astro Awani.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengumumkan akan mengekalkan GST jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");