Isu Panas

Pemimpin BN Konsisten Jaga Hak Rakyat

SIPITANG: Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, menegaskan bahwa pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dalam menjaga hak dan kepentingan rakyat pelbagai kaum di negeri itu.

Malah jelasnya ini kerana pemimpin kerajaan BN bukan bekerja secara bermusim, sebaliknya sentiasa mendengar apa juga masalah dan keperluan rakyat.

“Saya sebagai Ketua Menteri sentiasa mendengar dan membantu menyelesaikan apa juga masalah serta keperluan dengan munasabah. Oleh itu saya meminta rakyat sentiasa berwaspada dengan pemimpin ikut musim yang tidak konsisten seperti pemimpin BN.

“Kita harus meneruskan dan memelihara apa yang kita ada,” katanya pada majlis pelancaran Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) 2017 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Gata Square, pada Sabtu memetik laporan Berita Harian.

Sementara itu, Sapawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival GATA, berkata UMNO dan BN Sipitang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahmad Zahid serta Musa.

“Sokongan kami ‘tatap bulat’ kepada Perdana Menteri dan gandingannya Timbalan Perdana Menteri serta Ketua Menteri Sabah. Walau banyak dugaan dan cabaran, namun sokongan kami tidak berbalah bahagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");