Panasnya Hari Ini

Pendaki Solo Negara Bakal Pecah Rekod Malaysia

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama-sama Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) menyatakan sokongan mereka terhadap Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin dalam misinya untuk menawan Banjaran Himalaya.

Pegawai Aktivis PPIM, Datuk Mohd Mustaffa Hamzah berkata usaha Mohd Noor menerusi Expedisi Himalaya 2017 “First To Climb 6 Peaks Himalaya Alps 5000 Metres Above Sea Level” merupakan sesuatu yang amat membanggakan.

“Bayangkan pada usia 50 tahun, beliau masih mampu mencabar diri dan melakukan sesuatu yang memberi kebanggaan kepada Negara. 

“Justeru, PPIM sudah tentu akan menyokong usaha individu yang mampu mencabar diri yang hasilnya mengharumkan nama negara dan menyemai jati diri bangsa agar terus menyahut cabaran-cabaran baru yang positif ke arah melahirkan bangsa yang bermaruah,” katanya pada sidang media di Majlis Penyerahan Sumbangan Penaja Expedisi Himalaya 2017 disini, hari ini.

Mohd Noor ketika ditemui memaklumkan bahawa beliau memerlukan dana sebanyak RM50 ribu bagi menjayakan misi beliau untuk menawan 6 puncak tertinggi di Banjaran Himalaya.

Untuk makluman, Mohd Noor bakal melaksanakan expedisi selama 28 hari, bermula 24 April sehingga 20 Mei 2017 dimana beliau bakal menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya menawan 6 puncak di Banjaran Himalaya.

Enam puncak yang bakal ditawan menerusi misi berkenaan termasuklah, Puncak Gokyo RI setinggi 5,357 meter dan kemudian Puncak Chola- La Pass setinggi 5420 meter seterusnya Puncak Pokalde dengan ketinggian 5806 meter, serta Puncak Kongma La Pass yang setinggi 5500 meter, Puncak Khalapattar dengan ketinggian 5550 meter dan Puncak Everest Base Camp yang ketinggannya 5364 meter.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");