Perak Hari Ini

Produk Stevia Palsu, KKM Periksa 15 Syarikat

LENGGONG:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tindakan tegas keatas syarikat yang menjual produk cecair pemanis semula jadi namun tidak mengandungi kandungan stevia sebenar.

Menteri Kesihatan, Datuk Deri Dr S. Subramaniam berkata, pihak kementerian telah mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) supaya menarik balik produk tersebut di pasaran.

Bagaimanapun jelasnya, setakat ini cuma satu syarikat didapati menjual produk cecair pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kandungan stevia sebenar.

“Kita telah mengenal pasti satu syarikat yang tidak menjual stevia sebenar tetapi satu bahan pemanis yang lain jadi pihak Bahagian Keselamatan Makanan telah diarahkan untuK menarik balik produk yang dijual,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menghadiri majlis perasmian Klinik Kesihatan Lenggong di sini hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan undang-undang akan diambil keatas syarikat terbabit berikutan penipuan dari segi perlabelan yang seolah-olah produk itu mempunyai kandungan stevia sebenar.

“Mempamerkan label yang salah adalah satu kesalahan dimana syarikat boleh dikenakan denda dan tindakan mahkamah juga akan diambil atas kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Makanan 1983,” katanya.

Setakat ini katanya lebih 15 syarikat pengeluar Stevia telah diambil sampel dan diperiksa.

Sementara itu Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan perubatan penuh dari Hospital Sultan Ismail (HSI) berhubung punca kematian pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi sebelum mengulas lanjut mengenainya.

“Kita masih menunggu keputusan penuh kerana masih tidak mengetahui sama ada budak lelaki itu menghidap penyakit lain jadi kita tunggu keputusan keseluruhan pembedahan,” katanya ringkas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");