Panasnya Hari Ini

Projek RUMAWIP Bukti Kerajaan Prihatin Keperluan Rakyat

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan bahawa Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) adalah antara bukti komitmen kerajaan dalam usaha untuk memenuhi keperluan rakyat bagi mendapatkan kediaman yang lebih selesa serta mampu milik.

Menurut beliau, projek berkenaan merupakan salah satu keutamaan kerajaan dan dengan terlaksananya RUMAWIP Pandan Mas maka ia memberi peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman sendiri.

“Sebagai kerajaan yang prihatin, kita sudah tentu mengambil kira aspek pemilikan kediaman dikalangan rakyat dan projek ini adalah salah satu daripada buktinya,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Kunci RUMAWIP Pandan Mas, disini, hari ini.

Perdana Menteri menambah, projek berkenaan terdiri daripada dua fasa dimana untuk fasa pertama ia melibatkan 700 unit kediaman dengan keluasan 850 dan 900 kaki persegi.

Beliau menambah, walaupun lokasinya strategik iaitu berhampiran dengan pusat bandaraya, namun menerusi projek RUMAWIP Pandan Mas rakyat mampu memilik kediaman mereka dengan harga yang jauh lebih murah.

“Kawasannya begitu strategik dan tentu sekali dengan keluasan seperti ini serta lokasi yang strategik sudah pasti harga pasaran akan lebih tinggi dari apa yang ditawarkan.

“Kita menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang ditawarkan di pasaran iaitu RM280 ribu dan RM300 ribu seunit, jadi beruntunglah dapat rumah seperti ini,” katanya.

Menurut Najib lagi, projek RUMAWIP Pandan Mas fasa satu telah siap 9 bulan lebih awal dari apa yang dijangkakan dan kerajaan mengharapkan pihak pemaju mampu melakukan perkara sama bagi fasa kedua.

Malah jelas beliau, sebanyak 1900 unit kediaman lagi bakal disiapkan untuk fasa kedua projek RUMAWIP Pandan Mas menjelang 2019 nanti.

“Projek ini siap 9 bulan lebih awal dan ini baru fasa pertama. Jadi Kita harap fasa kedua nanti juga boleh disiapkan lebih awal bagi membolehkan kesemua unit kediaman dimiliki oleh rakyat di Negara ini,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi majlis berkenaan Perdana Menteri meluangkan masa untuk menyerahkan replika kunci rumah kepada 6 pemilik kediaman RUMAWIP.

Selain itu, beliau dengan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor turut meninjau keadaan kediaman serta kemudahan yang disediakan untuk pemilik di RUMAWIP Pandan Mas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");