Isu Panas

Ramalan BN Kekal Berkuasa Bukan Perkara Baharu

SHAH ALAM:Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berpendapat ramalan bahawa BN akan kekal berkuasa adalah bukan perkara baharu, tetapi adalah satu realiti.

Malah jelasnya ini kerana jika dilihat kepada situasi politik sesama parti bukan BN hari ini jelas menunjukkan bahawa BN jauh lebih berwibawa berbanding Pakatan dan juga Pas.

Menurutnya, dalam pilihanraya pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Parti-parti baharu yang ditubuhkan ibarat cendawan selepas hujan juga bukannya mampu menjadi penarik utama kepada pengundi secara menyeluruh. Bahkan, parti yang tertubuh kerana tokoh dan isu akan hilang auranya apabila isu sudah basi.

“Maka dalam penyediaan platform perjuangan yang jelas, hakikat realiti politik Malaysia masih mewajibkan BN berkuasa dan kekal,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau yang juga merupakan Felo di Institut Kajian Analisis Politik Malaysia-Mapan, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, ini kerana BN sendiri adalah satu institusi yang menjadi induk negara.

Katanya, Pas pula sudah selesa di Kelantan dan hanya mampu berperanan sebagai pembangkang kerana mereka tidak mampu bertanding lebih dari 100 kerusi.

“Jadi realiti bahawa BN diterajui Umno bersama komponen parti pelbagai kaum lainnya adalah satu keperluan nasional yang nyata dan masih belum mampu disaingi model itu oleh parti-parti pembangkang termasuk DAP serta Pakatan dan juga Pas.

“Selagi berbezanya perbezaan ideologi yang ketara akibat kepelbagaian perjuangan bersifat kaum, budaya dan agama maka selagi itu satu gerakan gabungan pembangkang tidak akan wujud dengan stabil seperti mana dimiliki BN. Jadi, BN diramal menang itu adalah kerana institusi yang terbina kukuh dengan model yang saksama,” katanya.

Kelmarin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan penyelaras Invoke Malaysia berkata, BN akan kekal mendominasi kemenangan dalam PRU14 jika wujud pertandingan tiga penjuru.

Berdasarkan kaji selidik dilakukan Invoke Malaysia, BN diramal akan kekal memerintah Putrajaya dan Pas pula akan kalah dalam PRU14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");