Sukan Hari Ini

Sanchez Bawa Arsenal Ke Final Piala FA

ARSENAL berjaya merebut satu tiket terakhir final Piala FA Inggeris apabila menundukkan Manchester City dengan skor tipis 2-1 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Wembley, malam Ahad.

Alexis Sanchez menjadi wira dalam kemenangan ini apabila menyumbat masuk gol kemenangan Arsenal pada minit ke-101, sekali gus membawa pasukannya untuk beraksi di final menentang Chelsea.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger bagaimanapun menganggap semua pemainnya bermain dengan baik tanpa melihat ada pemain yang paling menonjol.

Dalam perlawanan ini, gawang Arsenal lolos terlebih dulu oleh gol Sergio Aguero pada minit ke-62. Pantang menyerah, mereka berjaya membalas gol tersebut menerusi Nacho Monreal (71′) dan Sanchez (101′).

Walaupun Monreal dan Sanchez dilihat menjadi wira di sebalik kemenangan Arsenal, Wenger menilai pemain-pemain lain juga telah memberi sumbangan yang sangat besar.

“Bukan hanya penjaring gol yang bermain dengan baik,” kata jurulatih dari Perancis ini mengenai persembahan pasukannya.

“Semua orang, termasuk Mesut Ozil sudah menunjukkan bahawa mereka mampu berjuang. Secara keseluruhan, ia adalah penampilan terbaik daripada kami,” kata Wenger.

Walaupun layak ke final, masa depan Wenger di Arsenal tetap menjadi persoalan.

Sehingga kini, kontraknya yang akan berakhir di penghujung musim masih belum dilanjutkan.

“Mereka boleh mempersoalkan keputusan saya, tetapi tidak dengan kesetiaan dan komitmen saya terhadap kelab,” kata Wenger saat ditanya tentang masa depannya bersama kelab itu.

Dengan kemenangan ini, Arsenal sudah 20 kali beraksi di final Piala FA dengan tiada pasukan Inggeris lain yang dapat menyamai rekod tersebut, memetik sumber mStar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");