Sukan Hari Ini

Skuad Seladang Gagal Manfaatkan Peluang

PERAK gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar terikat 1-1 ketika berdepan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Dipetik dari SInar Harian, kedua-dua pasukan bermula garang dengan mengasak ke gawang lawan masing-masing bagi membuka jaringan.

Namun semua asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan masing-masing hingga tamat babak pertama.

Perak akhirnya membuka jaringan pada minit ke-60 hasil jaringan Mohd Hafiz Kamal.

Bagaimanapun, kegembiraan penyokong Perak tidak kekal lama apabila kapten skuad Lang Merah, Baddrol Bakhtiar memanfaatkan sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk gol penyamaan pelawat pada minit ke-70.

Kedua-dua pasukan kemudiannya dilihat menggandakan asakan bagi menambah jaringan, namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dilakukan hingga wisel penamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");