Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Klinik Kesihatan Lenggong

LENGGONG: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Klinik Kesihatan Lenggong di sini hari ini.

Klinik Kesihatan Lenggong telah dibina pada 18 Oktober 2013 dimana ia menyediakan perkhidmatan 9 klinik desa sedia ada dimana lokasi setiap klinik itu berhampiran antara satu sama lain.

Selain itu, klinik berkenaan mampu memberi kemudahan kepada hampir 25,000 orang penduduk Lenggong.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa;Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Sahar, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak S.Thangasvari;Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Datuk Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional Dan Kampung Baharu Dr Mah Hang Soon.

Klinik ini mula beroperasi pada 3 Februari 2014 dengan menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit luar, rawatan kecemasan 24 jam, penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak, perkhidmatan pasukan sekolah, makmal perubatan, farmasi, inspektorat, pergigian, perkhidmatan x-ray, rehabilitasi dan pusat bersalin alternatif .

Sementara itu, pusat bersalin alternatif bertujuan untuk meningkatkan suasana lebih selesa serta memberikan perkhidmatan lebih khusus kepada ibu dan anak malah mereka juga dapat pulang lebih awal 6 atau 8 jam selepas kelahiran.

Sejak pusat bersalin alternatif ini diwujudkan mulai tahun 2014, jumlah kelahiran yang disambut di Klinik Kesihatan Lenggong ialah sebanyak 23 orang bayi.

Setakat ini Klinik Kesihatan Lenggong memiliki kekuatan anggota seramai 122 orang yang terdiri daripada 1 orang pakar perubatan keluarga, 7 orang pegawai perubatan, 3 orang pegawai perubatan pergigian, dan lain-lain kategori termasuk anggota paramedik dan sokongan.

Klinik kesihatan ini juga telah dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada penduduk di sekitar Lenggong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");