Sukan Hari Ini

Terus Beri Aksi Terbaik: Kapten Perak

KESEBELASAN Perak diharap dapat terus  memberikan aksi terbaik bagi mengharungi saingan pusingan kedua Liga Super kelak.

Kapten Perak, Shahrom Kalam berkata, kesebelasan pemain juga diharap dapat terus bersikap positif dan terus meningkatkan mutu permainan masing-masing.

“Bagi saya, kita telah banyak improve (maju) dan saya harap kita terus maju. Untuk game malam ini kita telah ikut taktikal yang daripada jurulatih dan kita dapat sekat Kedah.

“Ya, kita memang mahu mendapatkan mata, cuma  disebabkan free kick (sepakan percuma). Bukan sahaja penyokong, tetapi semua pemain juga perlukan kemenangan dan raih tiga mata penuh malam ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrom lega kerana misi berada dalam kelompok empat pasukan terbaik (top four) berjaya direalisasikan.

Katanya,  berada dalam kelompok berkenaan sekali gus telah mengelakkan kad The Bos Gaurus itu untuk berada dalam satu kumpulan dengan pasukan kelompok atasan Liga Super (JDT, Kedah dan Pahang) pada saingan Piala Malaysia nanti.

“Dapat tempat keempat itu antara satu target kami. Ia membantu untuk mengelak berada dalam satu kumpulan dengan pasukan-pasukan di kelompok atasan liga,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");