Jenayah

Tragedi Jemur Tilam

Kota Kinabalu: Wanita hamil lima bulan yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga apartmen Taman Sri Kepayan semalam dipercayai sedang menjemur tilam di ruang jemuran sebelum terjatuh.

Jeaquiline Ribot, 25, ditemui oleh jirannya dalam keadaan tertiarap pada 4.30 petang, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan lalu menghubungi pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George berkata, siasatan awal mendapati mangsa disyaki terjatuh ketika menjemur tilam di ruang kaki lima di tingkat tiga apartmen berkenaan dan pemeriksaan juga mendapati sebatang besi paip berukuran hampir 0.6 meter yang dijadikan tempat menyidai pakaian tercabut.

“Kemungkinan ketika mangsa menjemur tilam, dia berdiri atas sebuah kerusi plastik warna hitam lalu menekan tilam itu menyebabkan batang paip berkenaan tercabut daripada kimpalan besi pagar lalu mangsa terjatuh pada ketinggian 12 meter.

“Siasatan juga mendapati kimpalan diantara batang paip dengan batang besi pagar adalah tidak kukuh menyebabkan batang paip itu tercabut,” katanya memetik laporan Harian Metro.

George berkata, pemeriksaan di tempat kejadian tiada sebarang tanda pecah rumah yang berunsurkan jenayah dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");