Perak Hari Ini

VSP:Orang Awam Boleh Salur Maklumat Guna Telefon Pintar

IPOH:Volunteer Smart Phone (VSP) merupakan projek perluasan program Rakan Cop yang bertujuan untuk mewujudkan jaringan usahasama pencegahan jenayah antara polis dan masyarakat.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, VSP menggunakan medium aplikasi telefon pintar dimana ahlinya boleh menghantar maklumat secara teks, gambar, video, dan koordinat GPS melalui khidmat 32728 dan aplikasi mudah alih VSP.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih tersebut pada telefon pintar masing-masing.

Aduan dan maklumat yang dihantar oleh ahli VSP akan disalurkan kepada pusat kawalan kontinjen dan ia dihantar ke pusat Kawalan Daerah untuk tindakan serta merta dan siasatan lanjut.

Setakat 25 Mac lalu, sebanyak 287 orang telah mendaftar menjadi ahli VSP di negeri ini manakala bagi keahlian VSP yang telah diperluaskan dari sistem rakan COP adalah sebanyak 142,249 orang.

Terdahulu kaedah ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 25 Mac lalu sempena Peringatan Hari Polis ke-210 di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");