Isu Panas

Watson Nyambek Buat Laporan Polis Ke Atas Penyampai TV

MIRI: Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek pada Isnin membuat laporan polis terhadap seorang penyampai TV kerana mempersendakan nama bapanya dalam satu program yang dikendalikannya.

Memetik sumber mStar Online, Watson tiba di Balai Polis Pusat Miri kira-kira pukul 9.40 pagi disertai penyokong dan peminatnya, serta beberapa aktivis politik dan hak-hak suku kaum Dayak.

Bekas pemegang rekod kebangsaan acara pecut 100 meter ini menggesa polis menyiasat motif di sebalik tindakan penyampai TV itu menghina dirinya dan bapanya.

Primeworks Studio pada Ahad telah mengeluarkan kenyataan maaf kepada Watson.

Terdahulu, Watson pada Ahad berkata bahawa beliau tidak kisah apabila dihina miskin dan bankrap tetapi tidak dapat menerima apabila bapanya dihina.

“Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan,” tulis Watson dalam Facebooknya.

Menerusi program yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Ammar mempersendakan nama bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.

Watson telah diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");