Isu Panas

‘Ada Pihak Cemburu Dengan Selangor’

PETALING JAYA – “Ada pihak dan kumpulan politik yang dengki dan cemburu dengan kejayaan Selangor,” demikian kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, pihak ini dilihat cuba menimbulkan suatu perkara yang tidak baik terhadap kerajaan Negeri Selangor.

“Mereka lempar fitnah, kemudian dikutip oleh pihak media lalu mencipta polemik sekali gus lakukan provokasi.

“Usah terpedaya dengan perkara ini. Saya ajak perwakilan kita untuk persetankan politik ini. AMK dan Wanita kena bersama untuk kita bersama-sama mempertahankan kubu kita,” katanya dalam Perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan AMK, di Petaling Jaya, malam tadi lapor Sinar Harian.

Turut hadir dalam kongres tersebut adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Mohamed Azmin menegaskan, mana-mana pihak sama ada individu atau kumpulan yang cuba menggugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor, mereka adalah pengkhianat amanah rakyat.

Jelasnya, itu adalah musuh dan kita akan lawan habis-habisan.

Katanya, pembangkang perlu teruskan usaha dalam membentuk gabungan politik yang akan menyatupadukan rakyat dan mewujudkan kestabilan yang menjadi prasyarat pembangunan mampan.

“Saya tuntut semua parti politik pembangkang untuk bergabung tenaga bagi menewaskan Umno BN dalam PRU akan datang ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");