shadow

JANGAN tak percaya, anjing jenis poodle milik Katy Perry bakal membuat penampilan bersama penyanyi itu dalam sebuah iklan.

People melaporkan, anjing yang diberi nama Nugget itu turut mendapat layanan istimewa ketika penggambaran berlangsung baru-baru ini.

Dalam iklan tersebut, Nugger dilihat duduk di kerusi pengarah yang dibuat khas untuknya di dalam sebuah bilik persalinan bersama Katy.

Walaupun iklan itu masih belum ditayangkan namun Nugget mula menjadi bualan peminat yang suka dengan aksi comel anjing itu.

Ini bukan kali pertama Nugget beraksi di hadapan kamera bersama Katy kerana sebelum ini ia pernah muncul dalam sebuah video lakonan penyanyi itu untuk bekas calon presiden, Hillary Clinton.

Komen & Pendapat