Isu Panas

Anwar Arah Teruskan Perbincangan Isu Tiga Exco Pas

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan PKR untuk meneruskan perbincangan berhubung isu tiga exco Pas yang masih berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan meneruskan perbincangan sebelum membuat keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan.

“Kita masih berbincang dan saya telah meminta Mohamed Azmin untuk meneliti perkara itu pada pertemuan yang diadakan petang ini,” katanya kepada pemberita di mahkamah, hari ini lapor Sinar Harian.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan tiga exco Selangor.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengekalkan keputusan untuk tiga exco berkenaan tidak meletak jawatan agar tidak mengganggu perjalanan pentadbiran Kerajaan Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");