Isu Panas

Bersatu Dah Berusaha Kerjasama Dengan Pas

SHAH ALAM – Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkayata, partinya sudah melakukan yang terbaik untuk bekerjasama dengan Pas.

Menurutnya, walaupun perbincangan telah dilakukan beberapa kali, namun Pas lebih memilih untuk ‘bersama’ dengan Umno.

Kata Mahathir, Bersatu sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalin kerjasama dengan Pas dan beberapa siri pertemuan sudah diadakan.

“Tetapi, Pas lebih utamakan hubungan rapatnya dengan Umno, bukan dengan Bersatu,” katanya ketika sesi FB Live hari ini.

Terdahulu, Pas bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat kerana perbezaan pendapat dengan DAP berikutan pelaksanaan hukum hudud serta turut berikrar tidak mahu bekerjasama dengan parti ‘serpihan’ mereka iaitu Amanah.

Sementara itu, Mahathir berkata, orang Islam boleh menang jika mereka bersatu.

“Orang Islam boleh menang jika bersatu tetapi kita memilih untuk berpecah, sama seperti ketika Pas membuat keputusan untuk keluar daripada Umno dulu.

“Sebab tak dapat jadi wakil rakyat, terus keluar parti dan tubuh parti sendri menggunakan agama Islam untuk cari kemenangan,” katanya lagi lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");