Berita Hari Ini

Dialog TN50: “Semuanya OK” – PM Najib

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekecohan yang berlaku di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada malam Rabu sudah ditangani.

“Berlaku sedikit kekecohan dalam perbincangan semalam! Perbincangan hangat, tetapi sekarang semua dalam keadaan baik. Semua akan didengar untuk @myTN50,” beliau menulis di Twitter, tengah hari Khamis.

Malam Rabu, majlis dialog TN50 kecoh selepas pelawak Mat Over, atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar David di depan perdana menteri.

Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan moderator, Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Rosyam mengendalikan program itu.

Bagaimanapun pada akhir sesi, Rosyam memanggil Mat Over dan David ke pentas untuk meminta maaf dan mereka kemudiannya bersalaman sebagai tanda berdamai.

Kedua-duanya turut berbuat demikian kepada Najib lapor Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");