Membawang Hari Ini

Dikritik Asam Garam Seorang Selebriti – Siti Nordiana

Penyanyi Siti Nordiana mengakui tidak mahu ambil pusing mengenai kritikan yang dilemparkan oleh orang ramai mengenai dirinya.

Pemilik nama asal Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali sebagai Nana mengakui perkara tersebut merupakan asam garam dalam kehidupan yang harus dilalui oleh seorang selebriti.

“Sebenarnya saya sudah bersedia dengan cerita-cerita buruk yang akan dikatakan oleh orang ramai mengenai diri saya.

“Semua artis ada haters kerana tidak semua orang yang akan suka dengan apa yang dilakukan oleh saya.

“Bagi saya itu merupakan cabaran yang harus dihadapi dan saya tidak akan menjadikan perkara itu sebagai masalah.

“Selagi perkara itu tidak memalukan dan merosakkan kerjaya, saya akan mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan,” katanya.

Nana berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai beberapa kritikan yang diterima di media sosial mengenai dirinya.

Nana ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, di Pusat Konvensyen Putrajaya, baru-baru ini.

Tambah Nana, dia bersyukur kerana bakatnya masih diterima oleh orang ramai meskipun ada sesetengah pihak yang membencikan dirinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");