Berita Hari Ini

Gambar Tok Pa Tunggu Giliran Jumpa Doktor Tular

PETALING JAYA: Gambar seorang menteri kabinet dilihat sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor di Hospital Kuala Lumpur menjadi tular di laman media sosial.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang duduk di ruang menunggu bersama pesakit lain.

Ia disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak terfikir akan dilakukan kebanyakan orang kenamaan.

Gambar itu dimuatnaik dalam laman Facebook Friends of BN pada Selasa.

“Saya ada temu janji pada pukul 8 pagi di sebuah klinik pakar di HKL.

“Sementara menunggu giliran untuk bertemu doktor saya berpeluang berbual dengan beberapa pesakit,” kata Mustapa ketika dihubungi lapor Mstar Online.

Mustapa berkata dia mengalami ruam yang teruk selepas pulang dari luar negara.

Katanya, ia merupakan kali ketiga beliau mendapatkan rawatan di HKL.

Gambar itu mendapat kira-kira 1,500 likes dan mendapat perkongsian sebanyak 67 kali dan 534 komen setakat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");