Membawang Hari Ini

Hijjaz Akui Tertekan Nyanyi Lagu Rap

Kumpulan nasyid Hijjaz mengakui mereka tertekan diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu rap di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).

Dianggotai oleh Munif, Isman, Faizal dan Ariffin, Hijjaz berjaya meraih tempat naib juara. Kumpulan UNIC berjaya meraih gelaran juara manakala Mirwana berada di tempat ketiga.

“Tugasan untuk menyanyikan lagu rap di segmen battle sememangnya memberikan kami tekanan. Kami bukannya muda seperti Mirwana, UNIC dan yang lain.

“Kami juga takut apa persepsi orang apabila mereka mengatakan yang ustaz menyanyikan lagu rap. Namun begitu, kami ketepikan semua itu. Sudah namanya pun pertandingan.

“Lagu rap yang disampaikan pun mempunyai mesej yang bagus. Kami juga diyakinkan oleh adik-adik kami dari kumpulan nasyid lain. Akhirnya, kami menyahut cabaran tersebut dan menyampaikan dengan sebaik mungkin,” kata Munif.

Berada di kedudukan kedua, kurang satu mata berbanding kumpulan UNIC yang menjuarai GGV, Hijjaz menganggap semuanya adalah ketentuan rezeki.

“Cuma selisih satu mata sahaja. Rezeki kami di GGV hanya di tempat kedua. Apa yang penting, kami mempunyai misi tersendiri apabila menyertai program ini.

“Kami mahu menaikkan kembali fenomena nasyid dan mahu ramai orang kenal dengan genre muzik ini. Alhamdulillah, semenjak adanya GGV, ramai yang mula membuka mata semula,” kata Isman pula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");