Perak Hari Ini

Jangan Lupa Datang Karnival Sukan & Kebudayaan Parlimen Lenggong 4 Mei Ini!

IPOH:Tinggal tiga hari lagi, Karnival Sukan & Kebudayaan Parlimen Lenggong yang ditunggu-tunggu bakal kembali dengan menyajikan pelbagai tawaran menarik buat pengunjung setia yang berlangsung selama empat hari, bermula 4 Mei ini.

Menurut Ahli Parlimennya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, karnival kali ke-4 di Padang Majlis Daerah Lenggong itu lebih meriah dengan pengisian pelbagai aktiviti dan gerai jualan yang pastinya memberi kepuasan berganda kepada pengunjung.

“Matlamat utamanya ialah untuk mengetengahkan nama Lenggong selain mencungkil bakat baharu dari segi sukan dan kebudayaan selain bersempena Tahun Melawat Perak 2017,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya lagi, lebih 4,000 penyertaan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada pelajar sekolah, remaja dan dewasa termasuk juga penyertaan luar daripada negeri ini.

“Terdapat acara menarik iaitu acara Larian Lembah Lenggong, berbasikal dan perbarisan melibatkan penyertaan pelbagai agensi,” katanya.

Pengunjung juga bakal berpeluang menyaksikan persembahan daripada selebriti seperti Zamani, Keena Mentor, Sufi Af serta membawa pulang pelbagai hadiah menarik pada sesi cabutan bertuah.

Bakal berlangsung, pelbagai acara kebudayaan yang menarik seperti Pertandingan Anak Kreatif, Pertandingan Kebudayaan sekolah jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Pertandingan Kompang, Battle of The Bands dan karaoke.

Turut berlangsung Malam Kesenian Islam pada 4 Mei pada jam 9 malam manakala pada 7 Mei ini pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan Kombo RTM pada jam 9 malam.

Karnival yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong mensasarakan sekitar 30,000 pengunjung bagi kali ini dan majlis penutup akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairil Jamaluddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");