Sukan Hari Ini

JDT Menang Tipis 3-2 Terhadap Ceres Negros

JOHOR BAHRU – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menang tipis 3-2 ke atas pasukan dari Filipina, Ceres Negros FC dalam aksi pertama separuh akhir Zon Asia Tenggara Piala AFC 2017 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Tirai jaringan terlebih dahulu diraih pasukan tuan rumah apabila import, Gonzalo Cabrera dengan mudah memperdaya penjaga gol Ceres, Roland Muller dengen lecekan bergaya pada minit ke-17.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Risto Vidakovic berjaya mendapatkan gol penyamaan tiga minit selepas itu apabila Jose Porteria membantu penyerang mereka, Fernando Rodriquez memperoleh gol pertama pasukan apabila hantarannya berjaya ditanduk masuk pemain berkenaan.

Belum berakhir keperitan itu, pasukan lawat sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-24 melalui lecekan Bienvenido Maraa On.

Peluang keemasan JDT untuk merapatkan jurang muncul pada minit ke-42 namun percubaan rembatan kencang terus Ahmad Bakri dari luar kotak penalti berjaya dinafikan.

Sambil terus bertahan, pemain pertahanan, Muhammad Fazly Mazlan kemudiannya membantu Safiq Rahim memperoleh gol kedua pasukan apabila hantarannya diakhiri dengan penyudah pada minit ke-44.

Bermain di babak kedua, JDT tidak perlu menunggu lama untuk menyelesakan kedudukan apabila rembatan Hazwan Bakri mengenai gawang lawan pada minit ke-67.

Keputusan 3-2 itu kekal hingga wisel penamat. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");