Perak Hari Ini

Jual,Ceroboh Tanah: Polis Buru Individu Bergelar Datuk

IPOH:Pihak Polis sedang mengesan individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk yang dipercayai terlibat dengan tindakan menceroboh dan meneroka secara haram serta penjualan tanah milik Kerajaan Negeri melalui laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Perak Supt Lee Ewe Kiang berkata kes melibatkan pencerobohan dan penerokaan haram tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di Mukim Ulu Bernam Daerah Muallim seluas 41.96 hektar.

“Siasatan awal menunjukkan ada penduduk kampung telah diberi kebenaran secara bertulis oleh suspek untuk meneroka sebahagian tanah tersebut dan Pejabat Tanah Muallim juga telah diambil keterangan berkaitan status tanah dan bagi membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 447/488 kanun Keseksaan.

Sementara itu pihak Polis turut mengesahkan terdapat iklan menjual tanah menerusi laman sosial Facebook melibatkan tanah seluas 300 ekar di Ladang Sayong Bekor, Mukim Senggang Kuala Kangsar yang juga milik PPPNP.

“Tanah tersebut tidak pernah diiklankan untuk sebarang tindakan jualan dan merupakan tanah hak milik penuh kerajaan negeri.

“Tanah hak milik PPPNP ini meliputi enam kawasan dan dipamerkan dengan harga RM22,000 seekar yang dianggarkan berjumlah RM6.6 juta. Sindiket ini mempamerkan dokumen palsu termasuk geran dari Pejabat Daerah Tanah (PTD) Kuala Kangsar,”katanya.

Bagaimanapun setakat ini belum ada mangsa yang tampil membuat laporan Polis akibat terpedaya dengan iklan tersebut.

Pihak Polis turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan ini dan perlu mengesahkan status sebenar hak milik harta daripada agensi berkaitan sebelum membuat sebarang pembayaran dan pembelian.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesa pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut berkaitan penipuan penjualan tanah milik agensi kerajaan negeri tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");