Jenayah

Kecoh Lima Jam, Pusat Beli-Belah ‘Wang Maya’ Diserbu

GEORGE TOWN: Kekecohan berlaku di pusat beli-belah ‘wang maya’ di sini apabila pasukan petugas membuat serbuan di situ, Isnin.

Serbuan di kompleks beli-belah yang dikendalikan oleh MBI International, M Mall, itu mungkin kali pertama dalam tempoh tujuh tahun, tetapi pegawai syarikat dan pihak berkuasa enggan memberi sebarang komen.

“Syarikat itu jarang-jarang ‘disentuh’ selama ini. Tiada tindakan diambil terhadap MBI sebelum ini tetapi sekarang ia berbeza. Kita perlu bersedia untuk situasi terburuk,” kata seorang ahli MBI yang berada di pusat beli-belah itu.

Serbuan selama lima jam di M Mall melibatkan kira-kira 30 penguatkuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, polis dan beberapa pegawai yang berpakaian biasa, dipercayai dari Bank Negara Malaysia.

Mereka dilihat merampas empat buah beg, dua buah kotak besar, tiga kajang kertas dan dua beg plastik, juga berisi helaian kertas.

Cubaan untuk mendapatkan maklumat daripada pihak polis Pulau Pinang hanya menghasilkan jawapan: “Maaf. Kes Bukit Aman.”

Pasukan serbuan tiba pada tengah hari dan pada mulanya hanya dilihat menyerbu pejabat pengurusan di tingkat lima pusat beli-belah tersebut.

Kira-kira pukul 4 petang, pasukan itu turun ke tingkat bawah dan menyerbu salah sebuah outlet, Mcalls.

Ia dipercayai outlet perkhidmatan telekomunikasi MBI dan pusat perkhidmatan untuk MMspot, ‘platform pengurusan membeli-belah dan sistem pertukaran MBI.

Rata-rata pelanggan di Mcalls terkejut dengan serbuan itu.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja pihak berkuasa meninggalkan M Mall, pembeli meneruskan urusan pembelian wang maya mereka seperti biasa.

“Ini bukan seperti JJPTR. MBI memenuhi janji-janjinya. Apakah salah M Mall?,” kata Jeffrey, ahli lama MBI.

Jeffrey berkata dia gembira membelanjakan wang maya di M Mall, terutama untuk makan malam bersama isteri dan anak-anak di restoran pusat beli-belah itu.

“Kita boleh membeli apa sahaja dari perkakas rumah ke telefon bimbit dengan mata ganjaran kami. Malah kami juga boleh membayar sebahagian harag kereta dan hartanah dengan mata yang kami ada,” katanya.

Jeffrey menegaskan bahawa walaupun serbuan dilakukan, wang mayanya masih selamat apabila ia diperiksa dalam talian.

“Saya tahu ramai yang tidak boleh menerima bentuk pelaburan ini, tetapi ramai juga yang dapat menerimanya. Ia satu perkara baru tetapi ia berfungsi dengan baik,” katanya.

MBI International baru-baru ini mendapat perhatian oleh Bank Negara kerana menawarkan skim kewangan yang boleh dipersoalkan.

Ahli-ahli meletakkan wang ke dalam skim ini dan mendapat sejumlah ‘syiling maya’ sebagai balasan.

Selepas tempoh lebih setahun, mereka boleh menukar syiling ini kepada bentuk mata ganjaran yang boleh dibelanjakan untuk beberapa perkhidmatan dan perniagaan di bawah MBI seperti M Mall.

Skim ini memberi pulangan yang besar dalam setahun dan ia dipercayai menjadi skim kewangan yang paling lama ditubuhkan di Pulau Pinang.

M Mall juga mencetuskan kekecohan di Pulau Pinang awal bulan ini apabila MBI menganjurkan karnival membeli-belah untuk 24,000 ahlinya dari China.

Sebahagian besar hotel di pulau itu habis ditempah dan kumpulan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana mereka dibawa ke M Mall dengan beberapa ratus buah bas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");