Membawang Hari Ini

Kim Kardashian Sasaran Gangguan Peminat Nakal

BERGELAR seorang selebriti popular sering kali terdedah dengan aksi-aksi nakal peminat yang cuba mendekati mereka dan perkara ini tidak terkecuali dilalui oleh Kim Kardashian.

Kejadian berlaku ketika Kim melewati karpet merah NBC Upfront 2017, New York dan seperti yang dilaporkan Aceshowbiz, sumber mengatakan seorang peminat lelaki telah mendekati Kim untuk diajak berswafoto, namun kemunculannya dilihat agak tiba-tiba.

“Kim dilihat agak terkejut dan cuba mengelak namun sebaliknya dia terjebak. Biarpun dilihat agak terganggu dengan aksi lelaki itu, namun dia baik-baik sahaja,” katanya.

Kim yang hadir bersama Khloe Kardashian di acara itu mencuri tumpuan kerana berpenampilan seksi dengan mengenakan jaket hitam yang dipadankan dengan kasut boots.

Bagaimanapun itu bukan kali pertama Kim diganggu oleh peminat lelaki yang nakal.

Pada 2014, dia pernah menjadi mangsa seorang bernama Vitalii Sediuk. Saat itu Kim hampir terjatuh kerana dikatakan Vitalii telah menarik rambutnya yang ketika itu hadir untuk Paris Fashion Week.

2016, Vitalli sekali lagi menjadi bahan utama media Perancis kerana menyerang Kim yang sedang bercuti di Paris dengan cuba menciumnya namun sempat dikawal oleh pegawai peribadi Kim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");