Isu Panas

Kredibiliti Tun M Kini Lenyap

KUALA PILAH – Kredibiliti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang ahli politik telah lenyap serta memiliki sikap hipokrasi, setelah beliau menandatangani petisyen pembebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anggota Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Hasan Malek berkata, tindakan itu boleh mencemarkan nama baiknya sendiri malah kepercayaan masyarakat kepadanya semakin hilang.

“Ramai masyarakat terkejut dengan tindakan yang dilakukan Tun M kerana berbeza karakter serta bersikap hipokrit.

“Dulu tak sokong, kini sokong pula. Adakah dia sudah lupa? Seperti ungkapan popular beliau, Melayu mudah lupa…

“Janganlah kerana sesuatu kehendak tidak dituruti, semua perkara mahu diporak-perandakan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelas Hasan, tindakan itu juga diibaratkan seperti sudah diludah, dijilat kembali.

Beliau ditemui setelah menyertai larian obor daerah Kuala Pilah sempena temasya Sukan Sea ke-19 dan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur bertempat di Pejabat Daerah Kuala Pilah, kelmarin.

Selain itu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, dalam memacu kemajuan negara dan ekonomi, persepakatan dan perpaduan perlu disemai agar negara kukuh di persada dunia.

“Jangan kerana politik, kita tersungkur. Lebih banyak wujud perpecahan. Sepatutnya kita perkukuhkan persahabatan dan elak sengketa.

“Semangat dan iltizam tinggi untuk memacu ke arah negara maju perlu diutamakan demi kesejahteraan rakyat.

“Kini rakyat perlu dihargai, diutamakan kebajikan mereka serta bantu tingkatkan ekonominya bagi mengurangkan jurang kemiskinan,” katanya.

Terdahulu, seramai 5,000 orang mengiringi larian obor sempena temasya Sukan Sea Ke 29 dan Para Asean Ke 9 Kuala Lumur 2017 yang berlangsung di peringkat daerah Kuala Pilah.

Larian bermula di Medan Selera Pekan Johol setelah menerima obor dari Tampin disambut Adun Johol, Abu Samah Mahat dan kemudian obor dibawa berlari ke Petronas Senaling dan di sambut oleh Adun Senaling, Datuk Ismail Lasim.

Keseluruhan larian ini sejauh 6.8 kilometer dan diserikan dengan kehadiran 46 pemegang obor termasuk remaja orang kurang upaya, Mohd Zikri Zakaria, 18, wakil atlet Para Asean Ke 9.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");