Berita Hari Ini

Larangan Beri Makan Hidupan Liar

MONTREAL: Amaran bahaya memberi makanan kepada hidupan liar dikeluarkan Kanada selepas rakaman video memaparkan singa laut menarik seorang kanak-kanak sehingga mangsa jatuh ke dalam air dan hampir lemas.

Video melibatkan budak perempuan itu juga menjadi tular dan ditonton lebih 11 juta kali di YouTube.

“Kita berisiko terdedah dengan situasi sama jika terus memberi makanan kepada haiwan liar.

“Ramai pelancong di pantai Pasifik Kanada membuat silap dengan cara itu,” kata Jurulatih Kanan Mamalia Marin di Vancouver Aquarium, Danielle Hyson.

Ketika insiden menggemparkan di Steveston Fisherman’s Wharf di Richmond, British Columbia pada Sabtu lalu itu, mamalia tersebut dilihat menghampiri pelabuhan berkenaan selepas sekumpulan pelancong memberi makanan kepadanya.

Singa laut itu kemudiannya menarik mangsa yang duduk di tepi pelabuhan terbabit secara tiba-tiba.

Orang ramai yang melihat kejadian itu turut menjerit dan seorang lelaki bertindak segera menyelamatkan mangsa. – BBC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");