shadow

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki dengan kepalanya berlumuran darah ditemukan di dalam semak di Persiaran Bayan Mutiara 2, di sini pada malam tadi.

Mayat lengkap berpakaian berkenaan ditemui orang awam kira kira jam 8.30 malam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudiannya tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai warga Pakistan berusia 54 tahun ditemui  terbaring dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.

Polis menggunakan Unit Anjing Pengesan bagi mencari bukti yang boleh dikaitkan dengan penemuan mayat berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Komen & Pendapat