Jenayah

Murid Darjah Enam Jatuh Tingkat Tiga Sekolah

KLANG – Seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Klang terjatuh daripada tingkat tiga bangunan sekolah terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.17 pagi tadi, mangsa berusia 12 tahun dilaporkan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, mangsa pelajar tahun enam telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.

“Mangsa mendapat rawatan di zon merah dan kecederaan yg dialami adalah pendarahan sedikit di bahagian kepala, dipercayai keretakan tulang leher.

“Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu bagaimanapun dalam keadaan stabil dan sedar,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal dapati sebelum kejadian mangsa ada memberitahu bapanya tidak mahu pergi ke sekolah kerana kurang persefahaman dengan rakan-rakannya di sekolah.

Mengulas lanjut, ketika di sekolah, beberapa minit sebelum kejadian, mangsa yang berada di dalam kelas di tingkat tiga telah telah diarahkan oleh pengawas untuk turun ke dewan perhimpunan pagi, tetapi mangsa memberitahu akan turun kemudian.

“Tidak lama lepas itu, mangsa dijumpai terbaring oleh guru bertugas di tingkat bawah sebelum dikejarkan ke hospital.

“Turut ditemui sebuah bangku di koridor bertentangan bilik darjah mangsa di percayai telah digunakan untuk memanjat sebelum terjun,” katanya.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada unsur-unsur jenayah dilaporkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");