Jenayah

Nekad Minum Racun Sebelum Kelar Leher Isteri

ALOR GAJAH – Seorang penoreh getah nekad meminum racun rumpai sebelum menggelar leher isterinya menggunakan pisau tumpul di Taman Kejora Tebong, petang semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 4.30 petang, warga emas berusia 65 tahun itu dipercayai mendengar bisikan halus supaya dia membunuh diri selain runsing dan tidak berselera makan sejak tiga hari lalu.

Sumber berkata, sebelum kejadian mangsa dilihat mundar mandir dalam rumah, sebelum isterinya yang juga warga emas menghubungi adik ipar dan mengadu suaminya menjerit-jerir seperti dirasuk.

Menurutnya, suspek yang telah 45 tahun mendirikan rumah tangga dengan mangsa sebelum ini hidup dalam keadaan aman sebelum peragai suspek berubah menjadi pelik secara tiba-tiba.

“Bagaimanapun ketika adik iparnya sampai, pasangan suami isteri tersebut telah pengasan sebelum menghubungi ambulans.

“Mangsa yang dikelar menggunakan pisau itu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A.Asmadi Abd Aziz yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu dan mangsa dalam keadaan stabil manakala suspek masih yang sebelum ini tidak sedarkan diri dan berada di dalam zon merah telah meninggal dunia.

“Punca kejadian bagaimanapun belum diketahui dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 324/309 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");