Berita Hari Ini

NGO Peniaga Cina Yakin Pada Najib

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya mampu menyelesaikan isu perjanjian Bandar Malaysia apabila mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini.

Demikian keyakinan diberikan oleh Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Ter Liong Yap ketika mengulas kunjungan Najib ke Beijing sempena forum ‘One Belt One Road’.

“Pihak kami berharap apabila berada di Beijing, perdana menteri tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk memastikan perjanjian mengenai projek Bandar Malaysia dapat diselesaikan dengan berjaya,” katanya memetik laporan China Press.

Jutawan terkaya dari China, Wang Jianlin yang memiliki Wanda Group dan Pengerusi Eksekutif Malton Berhad, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan akan berganding membida projek Bandar Malaysia di atas tapak bekas Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi ini.

Perjanjian jualan saham Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) ke atas projek Bandar Malaysia disahkan luput berikutan pihak pembeli didakwa gagal menunaikan tanggungjawab untuk melakukan pembayaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");