Isu Panas

Pakatan Lebih Sibuk Bertarung Sesama Sendiri

SHAH ALAM – Tuduhan terhadap Pas yang mendakwa parti itu menjadi dalang kepada pergaduhan dalam Pakatan Rakyat dahulu tidak benar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika dilihat sekarang dengan ketiadaan Pas, parti-parti dalam Pakatan boleh dilihat sibuk bertarung sesama sendiri daripada mementingkan khidmat terhadap rakyat.

“Pas dituduh kononnya menjadi punca kepada percanggahan di dalam Pakatan Rakyat dahulu.

Tanpa Pas, pelbagai percanggahan juga berlaku dalam pelbagai isu yang kini melanda Pakatan Harapan. Jadi jelasnya, tuduhan terhadap Pas tidak benar,” katanya dalam kenyataan, hari ini memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sambil merujuk perebutan calon perdana menteri ketujuh melibatkan parti-parti dalam Pakatan.

Beliau dalam masa sama turut meramalkan pertarungan lebih hangat dalam Pakatan Harapan apabila tibanya masa untuk berebut kerusi.

“PKR telah mengisytiharkan bahawa kerusi PKR tidak boleh diserahkan kepada sesiapa. DAP dijangka akan menggunakan logik yang sama untuk mempertahankan kerusi yang sudah ditandinginya. Peliknya pengumuman ini sama seperti apa yang diisytiharkan Pas.

“Cuma ketika Pas umum, Pas dituduh sebagai bongkak oleh parti-parti komponen Pakatan manakala mereka yang sama ini kini terpaksa berdiam diri terhadap pendirian PKR,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");