Perak Hari Ini

Pengeluar Sarung Tangan Getah Disaran Guna Teknologi Terkini Kurangkan Tenaga Kerja

 

TAIPING:Pengilang sarung tangan dan barangan getah digalakkan meningkatkan pengeluaran barangan getah yang dilihat berpotensi besar.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata penghasilan barangan getah adalah berpontensi besar berdasarkan permintaan terhadap barangan itu cukup baik.

“Penjualan eksport bahan getah mencecah RM18 bilion iaitu 80 peratus daripadanya adalah penghasilan sarung tangan yang berprestasi tinggi.

“Ia telah bertambah baik meningkat 24 peratus dan satu petanda yang baik,”katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd di sini hari ini.

Tambahnya lagi, negara merupakan pengeksport utama barangan getah dan sarung tangan apabila mengeksport 60 peratus barangan itu ke seluruh negara.

“Penjualan dan permintaan meningkat dan kilang penghasilan sarung gatuh disaran meningkatkan mekanisme gunakan banyak mesin dan penggunaan tenaga kerja buruh,”katanya.

Katanya penggunaan teknologi terkini dan mesin dapat mengurangan penggunaan khidmat pekerja asing.

“Gunakan teknologi terbaru dan pengurangan tenaga kerja manusia dan negara dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor ini, ” katanya.

Terdahulu eksport barangan getah mencapai RM18.12 bilion pada tahun 2016 telah menunjukkan peningkatan positif sebanyak 0.9 peratus dari tahun 2015.

Sehingga tahun 2016 Malaysia memiliki 106 buah kilang yang menghasilkan lebih 44.4 bilion pasang sarung tangan getah setahun dan sekaligus menjadi pengeluar utama barangan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");