Panasnya Hari Ini

PERMATA, OCIS Dari Oxford Jalin Kerjasama: Bukti Rosmah Serius Martabatkan Pendidikan Khas

Biarpun mendapat tomahan dari banyak pihak, namun Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tetap berusaha keras untuk memartabatkan pendidikan khas menerusi Program PERMATA.

Kutuk lah macam mana pun, PERMATA akan tetap mencari initiatif-initiatif terbaru untuk melahirkan pelajar pintar dikalangan rakyat Malaysia.

Mungkin sebelum ini aspek pendidikan awal ini amat kurang dititikberatkan sehingga begitu ramai pemimpin berakal dungu dilahirkan.

Berbalik pada Program PERMATA, dalam usaha untuk mempelbagai pendekatan dalam melahirkan pelajar pintar di Negara ini agensi itu telah menerokai peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), Universiti Oxford.

Usaha itu dianggap pelu dimana ia dilihat mampu melahirkan pelajar pintar yang mampu mencapai taraf cendekiawan.

Setakat ini, OCIS telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lagi dengan Permata Negara bagi memperhalusi usahasama yang boleh diadakan bagi tujuan tersebut.

Rosmah dalam rangka lawatan seminggu ke United Kingdom, bermula Khamis lepas, berkata jalinan kerjasama antara PERMATA dengan OCIS bukan hanya melibatkan program Permata Pintar dan Permata Insan sebaliknya, ia juga melibatkan pelajar lain serta bersifat global.

“Kami juga turut berbincang mengenai isu-isu berkaitan wanita Islam, terutama isu wanita dalam bidang kepimpinan,” katanya.

Selain OCIS, Rosmah juga akan mengadakan perbincangan dengan University of Cambridge, Isnin ini bagi mewujudkan kerjasama dalam membangunkan Program Permata Pintar dan Permata Insan.

Apa sahaja ruang dan peluang yang ada untuk membangunkan PERMATA akan digunakan sepenuhnya bagi melahirkan lebih ramai pelajar pintar di Negara ini.

Sementara itu, beliau dijadualkan merasmikan majlis Nobel Minda atau Nobelist Mindset iaitu sebuah program anjuran Permata Pintar dengan Royal Society of London, Isnin ini.

Program yang dimulakan pada 2012 bersama New York Academy of Sciences, Amerika Syarikat, kini diperluaskan ke UK dengan kerjasama Royal Society of London dan University of Cambridge.

Untuk program di London ini, seramai 32 pelajar dari Kolej Permata Pintar, Kolej Permata Insan, Kolej MARA, sekolah menengah kebangsaan dan universiti awam serta enam guru akan menyertai program itu selama dua minggu.

Program Minda Nobel itu bertujuan memberi peluang kepada murid pintar dan berbakat menjalankan aktiviti berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM di beberapa universiti seperti University of Cambridge, London College University dan Imperial College London.

Rosmah juga akan mengadakan lawatan dan perbincangan dengan wakil Mahkamah Pakar Keganasan Domestik dan The Rape and Serious Sexual Offences (RASSO) Team dari The Crown Prosecution Service (CSP) pada Selasa ini.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");