shadow

Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur(PKKMKL) dan Rakan Sekutu Bridged Pengguna Persatuan Pengguna Islam malaysia(PPIM) hari ini diwujudkan sebagai usaha alternatif untuk mengurangkan kadar jenayah melibatkan golongan muda di Negara ini.

PKKMKL pada asalnya dari Persatuan Anak Muda Sekata(PAMS) di tubuhkan pada 13 March 2013 dimana ia adalah cawangan dibawah Persatuan Kucing Merah (M) .

Pengerusi PKKMKL, Zulkarnain Abdul Rahman berkata, tujuan persatuan itu ditubuhkan dengan kerjasama PAMS adalah untuk membantu anak muda yang mempunyai masalah sosial, gangsterisme,vendalisme dan tidak mempunyai hala tuju untuk ke arah yang lebih positif.

“Jadi PKKMKL sekaligus akan mengajar mereka untuk menghormati semua pihak agar keamanan dan kesejahteraan sekeliling dapat dijaga demi agama,bangsa dan Negara,” katanya pada Majlis Perasmian PKKMKL, baru-baru ini.

Menerusi majlis yang sama, turut diadakan perlancaran Rakan Sekutu Bridged Pengguna oleh Penasihat Khas PKKMKL, Dato Nadzim Johan.

Bridged Pengguna antara lain,mempunyai peranan untuk membantu sesama ahli dari segi kebajikan, perniagaan dan sebagainya.

“Selain itu, objektif bridged ini adalah untuk membantu  pengguna dengan adanya skuad bantu dari segi mana yang termampu selain menyelesaikan,menyokong serta memberikan maklumat pada pihak yang bertanggungjawab.

Turut hadir ke majlis berkenaan, Penasihat PPIM/Bendahari UMNO Subang, Dato Seri Amir Hamzah, Ketua Biro Undang Undang PPIM/SU Agong Malaysian Humanitarian Organisation(MHO)/ SU agong Malaysian Lawyer Association su agong(MLA ), Dato Hisyammudin.

Komen & Pendapat