shadow

KUALA KANGSAR:Tindakan turun ke lapangan menemui penduduk setempat menjadi kekuatan kepada pengajuran program permukiman Menteri Besar di setiap daerah terpilih.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia berjaya dilaksanakan dengan semangat berpasukan dipamerkan oleh semua pihak.

Jelasnya, sebanyak 157 program yang diatur sempena permukiman Menteri Besar di Daerah Kuala Kangsar kali ini berjaya dengan penglibatan para pemimpin dan rakyat.

” 157 program berjaya dijayakan menerusi gerak kerja ahli exco tanpa bergantung dengan kehadiran saya yang pada awalnya hanya 112 program sahaja dirancang,” katanya.

Katanya program yang dilakukan dalam bentuk satu pasukan itu memberi tumpuan  ke setiap lokasi berbeza dan menjayakannya.

“Satu pasukan adun yang berada di sini bersama-sama menjayakan program bukan dari segi bilangan tetapi kita berada di sana di kawasan tersebut membuahkan hasil apabila berada di lapangan,”katanya.

Jelas Zambry lagi, program diaturkan juga menepati masalah yang ada dan mendapatkan langkah penyelesaian bersesuai kepada setiap perkara tersebut.

“Sambutan baik dari masyarakat kemesraan bahawa mereka selesa mendamping bersama kerajaan bersama mereka.

“Sambutan masyarakat di tiga parlimen juga baik membuktikan mereka selesa dan suka berdamping bersama pemimpin,”katanya.

Tambahnya lagi, pemimpin dan rakyat duduk bersama menjadi contoh yang baik dilakukan menerusi permukiman di kawasan ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa menghadiri kenduri rakyat di Kampung Chuar dalam program permukiman Menteri Besar di Daerah Kuala Kangsar yang berlangsung pada 16 Mei lalu dan berakhir pada esok.

Pelbagai program diatur melibatkan pelbagai agensi yang mendekatkan rakyat dan pemimpin setempat.

Komen & Pendapat