Sukan Hari Ini

Ronaldo Sudah Ada Kekasih

Setelah menjalin hubungan hampir setahun, Ronaldo memuatnaik gambar sedang berpelukan bersama gadis pilihannya itu, awal pagi Jumaat dengan kapsyen simbol cinta.

Berdasarkan tinjauan di Instagram, gambar itu mendapat lebih 3 juta likes di kalangan peminatnya.

Ronaldo dilaporkan bertemu dengan gadis berusia 22 tahun itu di butik Gucci yang terletak di tengah Madrid pada Jun lalu ketika sedang membeli-belah pakaian musim panas.

Sejak dari itu hubungan mereka mulai rapat.

Malah, Rodriguez turut menghadiri majlis Anugerah Bola Sepak FIFA ketika Ronaldo diumum sebagai pemenang Ballon d’Or buat kali keempat pada Disember lalu.

Pada majlis itu, Rodriquez memakai gaun berwarna hitam dan dilihat bergambar bersama-sama dengan Ronaldo dan anaknya.

Bukan itu sahaja, hubungan cintanya dengan Ronaldo turut membawa tuah kepada gadis itu apabila dia turut dipancing syarikat model terkenal selepas berhenti kerja sebagai pembantu butik.

Awal minggu ini, Rodriquez turut memuatnaik gambar mereka bersama sedang berpelukan di belakang pentas semasa menghadiri konsert penyanyi Colombia, J Balvin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");