Membawang Hari Ini

Sasqia Mengaku Masih Bujang

Sebelum ini Perak Today pernah menerbitkan berita yang mempersoalkan status pelakon tinggi lampai, Sasqia Dahuri, benarkah masih bujang atau pernah berkahwin.

Berita itu dikeluarkan untuk mendapatjan kepastian sama ada Saaqia, 32, betul belum pernah berkahwin atau sebaliknya kerana ada pihak yang mendakwa pelakon ini sudah berkahwin.

Pada Ahad, menerusi sebuah akhbar mingguan, Sasqia memberitahu dia masih bujang dan belum pernah berkahwin.

Bila tuan punya badan yang berkata dia masih bujang tak kan lah orang lain pula yang sibuk nak kata sebaliknya. Kalau betul orang yang mendakwa Sasqia pernah berkahwin kena lah tunjuk bukti, jangan fitnah orang.

Berbalik kepada Sasqia, pelakon ini khabarnya sudah membeli sebuah rumah hasil titik peluhnya dalam dunia lakonan.

“Saya ingin buktikan kepada mereka yang memandang rendah terhadap kerjaya sebagai pelakon.

“Saya ingin buktikan dengan memilih kerjaya sebagai pelakon juga mampu untuk memiliki harta biarpun bukan sebuah kediaman mewah tapi saya puas kerana memilikinya hasil titik peluh saya,” katanya.

Sasqia juga sekarang ini khabarnya sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Ia sebagai persiapan jika sampai masa sudah tidak banyak lagi tawaran diterima untuk berlakon, namun Sasqia menjelaskan dia tidak pernah melupakan dunia lakonan biarpun sudah mula berniaga.

“Lakonan tetap pilihan utama saya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");