Membawang Hari Ini

Seniman Tampil Beri Bantuan Kepada To’ki

SELEPAS berita kesusahan penyanyi terkenal era 90-an, To’ki tular di laman Facebook sejak minggu lalu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tampil memberikan bantuan kepadanya.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, pada pertemuan yang diadakan di Batu Caves pada Rabu, pihaknya cuba menyelami isi hati selain mendengar masalah sebenar penyanyi itu.

“Alhamdulillah sebelum kami datang bertemu dengannya kami menelefonnya terlebih dahulu dan dia bersetuju berjumpa hari ini.

“Dia tidak menghilang pun malah ketika kami beritahu hendak berjumpa dengannya dia mengalu-alukan kedatangan kami.

“Selama sejam pertemuan tadi, kami banyak mendengar tentang masalah sebenarnya selain cuba menyelami isi hatinya yang tidak orang tahu sebelum ini,” katanya, seperti yang dilaporkan di dalam mStar Online.

Menurut Zed, To’ki atau Mohd Zaki Mansur terbuka untuk menerima bantuan bagi membolehkan dia kembali aktif dalam bidang muzik tempatan.

Kata Zed, dalam masa terdekat ini, To’ki akan kembali merakamkan lagu baru di studio milik Seniman secara percuma.

“Pada saya masalah yang diutarakan boleh diselesaikan dan paling penting dia terbuka untuk menerima bantuan orang lain.

“Dia juga ada beritahu hendak menyiapkan lagu terbaharunya yang tergendala dan kebetulan Seniman ada studio, jadi kita bagi dia guna tempat itu secara percuma,” ujarnya.

Selain itu, Zed bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman yang lain turut memberi sumbangan wang tunai kepada To’ki bagi membantu meringankan sedikit bebannya.

Berita kesusahan To’ki menjadi tular di Facebook apabila seorang peminat bernama Engku Lokman bertemu penyanyi lagu ‘Hampa’ itu dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak yang tidak dinyatakan lokasinya.

Lelaki itu turut memberitahu dia terkesan melihat keadaan To’ki tambahan pula Ramadan semakin hampir dan Syawal yang bakal menjelang.

Malah dia berharap ada pihak termasuk persatuan hiburan tampil membantunya seperti mana dilakukan terhadap penyanyi era 80-an, Ben Nathan. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");