Membawang Hari Ini

Siti Nurhaliza Jadi Hos Program TV Sempena Ramadan

Penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengacarakan program bual bicara berjudul Inspirasi Taqwa Dato’ Siti Nurhaliza di  Astro Oasis mulai 31 Mei ini.

Program yang mengupas pelbagai isu wanita itu turut akan menampilkan tokoh wanita Malaysia dan ditayangkan setiap hari Rabu jam 7.30 malam.

Inspirasi Taqwa Dato’ Siti Nurhaliza antara 32 program baharu berunsur keagamaan dan hiburan yang disajikan oleh Astro sempena Ramadan ini.

Selain itu, pelakon Indonesia Oki Setiana Dewi juga bakal tampil dengan sebuah program berjudul Oki & Srikandi Al-Quran bermula 30 Mei ini.

Ia merupakan penampilan pertama Oki di kaca TV Malaysia selepas menjadi juri Gema Gegarvaganza.

Oki yang bakal berkongsi kisah 4 tokoh srikandi agung yang ditulis dalam al-Quran itu bakal bersiaran setiap hari Selasa jam 7.30 malam.

Ketua Saluran Bahagian Pernigaan Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata Astro meneruskan tradisi dengan menyajikan program-program baharu hiburan berunsurkan keagamaan dan ilmiah sepanjang Ramadan di semua saluran.

“Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang paling ditunggu-tunggu dan kami amat teruja untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini bersama-sama penonton dengan pelbagai sajian program baru berunsurkan keagamaan dan hiburan kekeluargaan.

“Pelbagai rancangan yang penuh dengan variasi seperti program bual bicara, drama, filem, sitkom, travelogue, sketsa, telemovie, animasi, dokumentari, muzikal dan banyak lagi menanti penoton kami di luar sana.

“Sebagai contoh Astro Oasis tampil dengan 16 buah program baru.

“Bertemakan Sahabat Muslimah Ramadan, saluran Islamik ini akan memberi penekanan ke atas pengisian kandungan yang mengangkat martabat wanita dengan memaparkan perjuangan dan pengorbanan mereka dalam menguruskan kehidupan seharian seperti Oki &Srikandi Al-Quran, Inpsirasi Taqwa Dato’ Siti Nurhaliza dan juga program bual biacara terbaharu Bismilah Ad-Duha,” katanya.

Azlin ditemui ketika majlis pelancaran  program Ramadan Astro 2017, Kosong-Kosong Dari Hati di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");