Membawang Hari Ini

Tahniah: Juliana Evans Sah Bergelar Isteri

PELAKON kacukan Melayu-Inggeris, Juliana Evans atau Jue dilapor sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang kerabat diraja Selangor, Tengku Sharifuddin Tengku Sulaiman Shah, sebentar tadi.

Majlis perkahwinan aktres itu dikongsikan jurusolek terkenal, Khir Khalid yang ditugaskan untuk mengoles wajah cantik pelakon itu pada majlis raja seharinya.

Khir berkongsikan gambar majlis perkahwinan tertutup aktres itu yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam menerusi laman Instagramnya.

Dalam laporan media sebelum ini, Jue, graduan komunikasi dan filem dari Amerika Syarikat, menafikan khabar bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Jue dan Tengku Shariffuddin menjalinkan hubungan istimewa sejak dua tahun lalu.

Majlis resepsi pasangan itu dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. –  MYNEWSHUB.CC

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");