shadow

KUALA KANGSAR:Kerjaan Negeri sekali lagi meminta Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan bagi memberkas pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan agensi Kerajaan Negeri dalam penipuan penjualan tanah sekitar negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sindiket penjualan tanah menggunakan nama kerajaan negeri berlaku sehingga ke hari ini da ia didapati semakin serius.

“Polis dan SPRM perlu menyiasat bagi menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kerajaan negeri dengan memanipulasi orang ramai untuk mendapatkan projek ladang dengan menipu mereka,” katanya pada satu sidang media pada Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Chuar sempena permukiman Menteri Besar di Daerah Kuala Kangsar di Kampung Guar di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pelbagai aduan diterima daripada orang ramai mengenai kesahihan penjualan milik kerajaan negeri yang dijual kepada umum.

“Mereka ini bebas melakukan penipuan dengan menggunakan salinan dokumen tertentu bagi mengaburi orang ramai,” katanya.

Terdahulu Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) menerusi satu kenyataan media mendedahkan bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menawarkan penjualan tanah milik PPPNP menerusi aplikasi ‘whatsapp’.

Penipuan itu melibatkan tanah seluas 121 hektar di Kledang Saiong Bekor di Mukim Senggang Daerah Kuala Kangsar.

Sementara itu turut dikesan penjualan tanah milik PPPNP menerusi laman Facebook yang turut menyatakan nombor telefon pemilik tanah tersebut adalah PPPNP adalah tidak benar.

Pihak PPPNP turut mengenalpasti individu yang telah bertindak menceroboh dan meneroka secara haram tanah milik agensi itu di Mukim Ulu Bernam Barat Daerah Muallim.

Laporan Polis telah dibuat oleh pihak PPPNP bagi 15 Mei lalu dan laporan mengenai kes pencerobohan pada 12 Mei lalu untuk mempertahankan hak agensi itu.

Komen & Pendapat